Selamat Datang Ke Inapan Desa Rumbia

 Suasana Desa Bertaraf Hotel

Anda mencari tempat penginapan atau pun homestay di Perlis dengan harga yang berpatutan dan selesa? Terletak kira-kira 8 kilometer daripada bandar Kangar dan juga Bandar Diraja Arau, Inapan Desa Rumbia adalah sebuah rumah penginapan berkonsepkan inap desa / homestay yang beralamat di Batu 1 1/4 Kampung Simpang Geti, Jalan Mata Ayer, Perlis. Terletak di kawasan perkampungan. Homestay dengan bilik gaya hotel suite ini diwujudkan untuk memberikan kemudahan penginapan kepada pengunjung-pengunjung yang berkunjung khusnya ke negeri Perlis Indera Kayangan dengan harga yang murah dan berpatutan. Dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap dan selesa bertaraf hotel. Inapan Desa Rumbia dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Desa Rumbia Management (SA0294716-H).

Antara kemudahan lain yang turut disediakan adalah sebuah surau untuk kemudahan para penghuni Inapan Desa Rumbia ini. Manakala 500 meter daripada tempat penginapan adalah Masjid As Syakirin, Oran. Restoran seafood dan tomyam terletak berhadapan dengan kawasan penginapan yang menyajikan pelbagai jenis masakan panas. Beroperasi dari pukul 3.00 petang sehingga 3.00 pagi. Akses ke homestay ini adalah sangat mudah memandangkan ianya terletak berhampiran dengan jalan utama Jalan Mata Ayer.

Pada setiap hari Ahad terdapat sebuah pasar sehari atau pun lebih dikenali dengan nama 'Nat' oleh masyarakat setempat yang terletak tidak sampai satu kilometer daripada Inapan Desa Rumbia ini. Terdapat pelbagai juadah yang dijual di sini dengan harga yang amat murah dan berpatutan. Berdekatan juga dengan Warung Pokok Sawa yang merupakan kedai makan ala kampung yang menjadi tumpuan ramai terutamanya mereka yang berkunjung ke negeri Perlis Indera Kayangan ini. Hanya 3 minit daripada kawasan penginapan ini.

Dari Homestay Inapan Desa Rumbia ke:
  • Kuala Perlis - 20 minit
  • Padang Besar - 30 minit
  • Wang Kelian - 45 minit
  • Kangar - 6 minit
  • Arau - 8 minit
  • UiTM Arau - 7 minit
  • Kolej Matrikulasi Arau - 7 minit
  • Politeknik Arau - 15 minit
  • Kawasan Rekreasi Batu Pahat - 15 minit


'Suasana Desa Bertaraf Hotel'